..:: apekah F ::..

hoh.. hnsssffff.. hnsfff...
(kembang kempis lobang idong menahan marah)

mati lah..

saya baru terbaca pasal kempen bangang i.t.g.e.t.s.b.e.t.t.e.r. in Malaysia.

b.o.d.o.h

b/a/n/g/a/n/g.


boleh plak makhluk hina yang .sebangsa.seagama. saya.. kita semua.
M-E-N-G-A-K-U dia adalah g_a_y!!!

apekah F!!!

maka sia-sialah pengorbanan mak bapak ko menyekolahkan ko wahai a*z*w*a*n oi.. xmo letak nama bapak ko sebab musti bapak dia sedih ada anak mcm ko!

..:: tempatkan dia di syurga ::..

sob.. sob..


hoh~ giler terkesan biler tgk citer ni mlm td.. pada pandangan hati saya, itu bukan sekadar drama tetapi realiti.. memang wujud insan di muka bumi Allah ni sebagaimana watak2 cerita ini.. 


wahai anak2 yang terpilih,

  • tidak kasih kah kamu kepada ibumu yang uzur itu??
  • tidak cinta kah kamu kepada abangmu yang sudah dijanjikan syurga buatnya??  (walaupun ada yang mempertikaikan gaya lakonan zamarul hisham sbgai insan istimewa  ~ ello.. kamu pandai sgt ker berlakon?? g casting pon xpernah.. walaweh..)
  • tidak adakah kudrat kamu untuk bekerja menyara hidup??
biler pengakhirannya, baru semua nak insaf.. baru nak titis2 air mata.. menyesal..




Hati Yang Rapuh



Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran


Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci


Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan


Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan


sob.. sob.. tdo sambil nangis ingat kat mak.. hehe~



..:: hari berwang ::..

yabe dabe d00ooo.. \(^.^)/

ape yang saya suka pasal hal di bawah ialah :

  • ianya lebih "fair" bagi diri saya dimana tiada pembayaran gaji awal dibuat memandangkan tarikh2 perayaan "besor" adalah selepas 11hb.. ( sebab kalau gaji masuk awal, maka habisnya pun pastilah awal jugak.. sehinggakan saya terpaksa dan dipaksa untuk meng"skip" bayaran Si Puteh saya.. hahaha huhuhu ~)
  • Alhamdulillah, saya masih "eligible" untuk menerima bayaran2 gaji saya bagi tarikh2 ini.. =)

..:: owh.. saya hampir menggilis badan itu ::..

30 nov 2010 : 1.40am
kelajuan kereta kami (saya adalah driver pada masa kejadian) tidaklah begitu berdesup.. sekadar kelajuan biasa di highway malaysia.. sekonyong-konyong saya menggenyeh mata yang berair dek kengantukkan yang kadang2 menjelma, tiba2...

skreeeeeeeeeeeeeeeettttttt!!!!!! giler brek emergency time tuh.. 

bayangkan dengan jarak penglihatan yang terbatas (< 10meter ) dek kerana kabus tebal akibat hujan sebelumnya, saya terpaksa membrek pada kelajuan Si Puteh 120km/jam sebab:

ada badan terkujur tengah jalan!!!

saya kurang pasti mangsa sudah meninggal @ masih bernyawa kerana dia sememangnya tidak bergerak.. belum sempat menghela nafas lega sebab tak menggilis badan itu, saya terpaksa pula mengelak kereta yang dah terpusing selepas melanggar divider highway yang saya agak baru 5minit lepas kejadian itu terjadi sbb belum ada sebarang bentuk bantuan yang sampai melainkan driver2 highway lain yang berhenti membantu.. 

akibat dari aktiviti "membrek sehingga bercedit" tersebut, anak buah saya yg sedang berbaring tidur hampir terhumban kebawah seat. syukur sebab mak dia letak beg diantara seat maka anak buah saya xla terhumban teruk.

yang saya heran ialah : kenapa org yg melambai2 supaya kenderaan lain memperlahankan kenderaan, kedudukannya adalah melepasi mangsa yang terbaring kat tengah jalan tu??? kalau lah saya xsempat membrek kencang, maka saya akan menggilis badan itu.. tahu tak kamu???????




..:: syukur yg xterhingga ::..

=D

ouwhhhh....

SAYANG SAYA SUDAH DI TAWARKAN KERJA!!!!!!!

Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH.... =')

..:: saya mahu pulang ::..

:(


aduhai.. senak otak ni biler memikirkan cuti yang sangat tidak mencukupi untuk memungkinkan saya pulang beraya haji taun ni.. 


maka, cadangan saya untuk memenuhkan program hari raya di rumah ialah : 
~bangun tengahari 
~ mandi 
~ masak xtra-hot megi kari 
~ tgk tibi 
~ tdo 
~ pegi keje keesokan hari..


haha.. jadual full n berakhirla cuti raya tersebot.. ='S


kata² chenta : hapdet pada 15/11/10 ialah.. saya sudah mendapatkan tiket bas esok malam.. wee!!!! haha~~ gumbira =D

..:: panggilan sayu dari dia yang bergelar EMAK ::..

"assalamualaikum.. akak.. akak kat maner nak.."
"waalaikumsalam.. akak kat opis mak.. mak ok?"
"mcm xberapa ok nak.. badannya lemah mcm dah lama sgt sakit.." (t_t)
"sabar lah mak.. mungkin sbb mak lama sgt kat spital ritu & mak x dpt tdo 4 malam tu.."
"mungkin la nak.. akak balik x nanti nak... akak balik ari ni kan.."
"haah mak.. nanti akak balik pas keje.."
"ok.. akak hati2 yer nak.."
"ok mak.. nti kite jumpe yer.."


huuu~ ini la perbualan saya dengan mak saya sekejap td..


mak dengan suara yang tertahan2 ( yang saya yakin disebabkan menahan sakit selepas
menjalani pembedahan implan lututnya pada 21 Oktober yang lepas..) sentiasa menyuarakan
rasa rindunya pada saya..


bohong & sangat dusta andai saya kata saya tak rindukan mak saya..
ptg ni saya akan balik dengan en.amirul & jumpe ngan mak & seluruh family..


p/s: doakan keselamatan kami..

..:: saya adalah baru & zero ::..

:)

nota chenta : sewaktu ke flower auction di holland

saya adalah sangat kagum pada mereka yang tegar membuat blog & kretip menulis bahasa yang tinggi tahapnye..
makanya, saya adalah gatal tangan untuk membuatnya arini.. saya pon xtau ape yang perlu saya buat untuk mengindahkannyer lagi. jadi saya adalah ZERO kecerdikan dalam ini bidang..

sila tunjuk ajar.. ngee~